Cara Urut kebas lengan, tapak tangan, jari-jemari "Kebas tangan dah hampir 3 tahun, boleh dikatakan 90% beransur sembuh"
"Saya mengalami masalah kebas tangan dan jari telunjuk hampir 3 tahun.
Alhamdulillah syukur boleh dikatakan 90% dah beransur sembuh.."
Antara punca kebas tangan ialah saraf tersepit di pergelangan tangan, atau dikenali sebagai Carpal Tunnel Sindrom.
Pesakit Carpal Tunnel Sindrom biasanya akan terasa kebas di bahagian lengan, tapak tangan dan jari-jemari.
Jika masalah menjadi berat Doktor akan mencadangkan pembedahan bagi memotong tisu yang menindih saraf untuk melepaskan saraf yang tersepit di pergelangan tangan.
Jika anda mengalami masalah Carpal Tunnel Sindrom atau kebas-kebas dibahagian lengan, tapak tangan dan jari-jemari jangan lakukan pembedahan dahulu. Tetapi cuba dahulu teknik yang saya nak kongsikan ini.
Cuma anda harus bersabar beramal dengan ilmu ini, jangan nak cepat dapat result, tetapi anda harus konsisten untuk melihat progress perubahan yang berlaku.
Anda boleh beramal selama 1 bulan hingga 3 bulan jika masalah sudah teruk, tetapi jika masih belum teruk mungkin dalam beberapa minggu sudah nampak perubahannya.
Urutan tidak boleh dilakukan setiap hari, tetapi selangkan antara 2 ke 3 hari sekali untuk elakkan bengkak di bahagian lengan.
Jemput klik video di bawah dan ikuti step yang saya kongsikan. Semoga Allah berikan anda kesembuhan.
Terima kasih datang. Mohon tinggalkan komen, supaya saya kenal siapa yang pernah berkunjung ke sini 😁
JEMPUT SHARE KE GROUP KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA! 😊
Saya kongsi ilmu ini percuma sahaja. Cuma saya minta jasa baik anda untuk sebarkan video atau posting blog ini.
Jika pesakit jumpa posting ini akibat share anda, kemudian mereka amal dan dapat manfaat, maka pahalanya akan sampai kepada anda.
Seperti hadis nabi SAW:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ“Siapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang melakukannya.”[Riwayat Muslim (1893)]
Ulasan
Catat Ulasan