CARA URUT VERTIGO- "Saya urut (isteri) macam cikgu ajar, penyakit dia kini banyak berkurang. Tak jadi pergi hospital ."
"Terima kasih banyak-banyak cikgu. 5/8/22 isteri saya kena Vertigo. Dia mengadu sakit kepala, rasa macam nak tumbang.Sebelum tu saya pun tak tahu dia kena Vertigo. Cari punya cari (Video) dalam page cikgu, faham.. saya bantai urut macam cikgu ajar.Alhamdulillah.. penyakit dia kini banyak berkurangan. Terima kasih banyak-banyak cikgu, terima kasih.Saya duk kira, kalau tak berubah 6/8/22 (esoknya) nak ke hospital, takut darah tinggi menyerang.Terbaik cikgu, tq very much."
Apa itu Vertigo?
Vertigo adalah keadaan yang menyebabkan penderitanya merasa seperti berputar atau melayang. Vertigo juga akan membuat penderitanya hilang keseimbangan, sehingga susah untuk berdiri atau berjalan.
Cara terbaik untuk menggambarkan kondisi ini adalah dengan memusing tubuh anda banyak kali sehingga merasa terhoyong-hayang atau dunia berputar.
Antara tanda-tanda Vertigo adalah;
- Dunia seakan berputar-putar.
- Hilang keseimbangan badan.
- Mual dan muntah.
- Peluh berlebihan.
- Sakit kepala.
- Gerakan mata tak normal.
- Telinga berdesing.
Biasanya, vertigo akan hilang dan muncul. Ia boleh berlaku selama beberapa miniit, beberapa jam atau beberapa hari.
Secara umum, terdapat dua jenis vertigo, iaitu;
Vertigo Periferal
Ini merupakan jenis vertigo yang paling sering dialami oleh kebanyakan orang. Penyebab vertigo periferal diakibatkan karena adanya gangguan pada telinga bagian dalam yang berfungsi untuk mengatur keseimbangan tubuh.
Vertigo Central
Vertigo central terjadi akibat adanya masalah pada otak.
Bagian otak yang paling berpengaruh terhadap terjadinya penyakit ini adalah cerebellum atau otak kecil.
Video 1
Untuk Vertigo jenis pertama, iaitu yang berkait dengan masalah dalaman telinga, boleh gunakan tips di dalam video ini:
Video 2
Video ini pula adalah untuk vertigo jenis kedua, iaitu vertigo yang disebabkan oleh masalah otak.
Untuk kesan yang terbaik gabungkan point video 1 & Video 2.
Dah baca blog ini? Mohon tinggalkan komen, supaya saya kenal siapa yang pernah berkunjung ke sini 😁
JEMPUT SHARE KE GROUP KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA! 😊
Saya kongsi ilmu ini percuma sahaja. Cuma saya minta jasa baik anda untuk sebarkan video atau posting blog ini.
Jika pesakit jumpa posting ini akibat share anda, kemudian mereka amal dan dapat manfaat, maka pahalanya akan sampai kepada anda.
Seperti hadis nabi SAW:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ“Siapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang melakukannya.”[Riwayat Muslim (1893)]
DALAM CHANNEL TELEGRAM SAYA ADA BANYAK PERKONGSIAN ILMU URUTAN SEJAK BEBERAPA TAHUN LALU. KALAU TAK NAK TERLEPAS PERKONGSIAN TERBARU KLIK SINI <---- 😊
Ulasan
Catat Ulasan