Cara urut kencing tak lawas - "Kencing tak lawas kini dah semakin berkurang.."

 “Saya dah cuba teknik tu, Alhamdulillah ada kurang sikit rasa nak kencing tak lawas tu.. tapi saya kena kerap buat sebab sakit dah lama”


Apa itu kencing tak lawas?

Kencing tak lawas berlaku apabila organ pundi kencing tak dapat mengawal pembuangan air kecil dengan baik. Penyakit ini juga dikenali sebagai inkontinens urin.

Antara keadaan kencing tak lawas ialah:

1) Kerap buang air kecil.

2) Tak dapat menahan pembuangan air kecil.

3) Rasa tak puas selepas buang air kecil, seperti ada lagi baki yang belum habis keluar.

4) Selepas buang air kecil akan keluar beberapa titis lagi semasa berjalan.

5) Bangun malam sekali atau beberapa kali untuk buang air kecil.


Apakah punca kencing tak lawas?

Masalah ini dihadapi oleh golongan lelaki dan wanita, terutamanya untuk mereka yang sudah berumur.

Antara punca masalah ini ialah:

1) Kesan ubat-ubatan tertentu seperti ubat meredakan darah tinggi (Bergantung jenis ubat).

2) Berat badan berlebihan.

3) Gangguan saraf dan otot yang mengawal pundi kencing.

4) Hamil.


Step urutan mudah!

Dalam video ini saya kongsikan cara urutan mudah yang anda boleh lakukan menggunakan botol air sahaja.

Cara ini tak memerlukannya kekuatan tangan dan boleh dibuat di rumah sahaja secara DIY.

Cara ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah senggugut.

Peringatan:

Cara ini tak sesuai untuk orang hamil. Harap maklum.

Klik video di bawah untuk tonton 👇


JEMPUT SHARE & SEBARKAN POSTING INI! 😊

Saya kongsi ilmu ini percuma sahaja. Cuma saya nak minta jasa baik anda untuk sebarkan video atau posting blog ini. 

Jika pesakit jumpa posting ini akibat share anda, kemudian mereka amal dan dapat manfaat, maka pahalanya akan sampai kepada anda.


Seperti hadis nabi SAW:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”

[Riwayat Muslim (1893)]


DALAM CHANNEL TELEGRAM SAYA ADA BANYAK PERKONGSIAN ILMU URUTAN SEJAK BEBERAPA TAHUN LALU. KALAU TAK NAK TERLEPAS PERKONGSIAN TERBARU KLIK SINI <---- 😊



https://urutpower.com/blog/pembuatan-minyak-saraf-arji/
Bagaimana saya dapat formula ini? Klik untuk baca


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUSAH TELAN MAKANAN, BAGAIMANA NAK URUT?

Siri 4: Cara urutan perut

Siri 3: Senaman sakit pinggang, punggung & slipped disc