SUSAH TELAN MAKANAN, BAGAIMANA NAK URUT?
Pagi tadi saya ada buat video call dengan seorang pesakit yang mengalami masalah sukar telan makanan. Bila nak telan rasa tercekik sampai terasa fobia nak telan makanan. Masalah ini telah berlanjutan sekitar 4 bulan. Sakit beliau hampir sama dengan sakit arwah ayah saya. Beliau pernah terasa susah nak telan makanan, seperti tersekat di tekak. Alhamdulillah selepas saya urut point tertentu ayah saya dah boleh telan makanan seperti biasa. Cuma kali ini saya nak tambah lebih banyak point, kerana seiring berjalannya waktu Allah telah menambahkan sedikit ilmu untuk saya untuk masalah tersebut. Dalam video call pagi tadi saya telah kongsikan 5 point urutan, selepas pesakit tersebut cuba, tak sampai 30 minit beliau dah boleh telan makanan dengan baik. Kali ini saya nak kongsikan kepada anda tentang point tersebut: 1) Point alur tekak 2) Point lubang tekak 3) Point tengkuk 4) Point dada 5) Point celah jari kaki ======== TIPS URUT: ======== - Urut setiap point selama 2 ke 3 minit. - Setela...
Ulasan
Catat Ulasan