SUSAH TELAN MAKANAN, BAGAIMANA NAK URUT?
Sakit beliau hampir sama dengan sakit arwah ayah saya. Beliau pernah terasa susah nak telan makanan, seperti tersekat di tekak. Alhamdulillah selepas saya urut point tertentu ayah saya dah boleh telan makanan seperti biasa.
Cuma kali ini saya nak tambah lebih banyak point, kerana seiring berjalannya waktu Allah telah menambahkan sedikit ilmu untuk saya untuk masalah tersebut.
Dalam video call pagi tadi saya telah kongsikan 5 point urutan, selepas pesakit tersebut cuba, tak sampai 30 minit beliau dah boleh telan makanan dengan baik.
Kali ini saya nak kongsikan kepada anda tentang point tersebut:
1) Point alur tekak
2) Point lubang tekak
3) Point tengkuk
4) Point dada
5) Point celah jari kaki
========
TIPS URUT:
========
- Urut setiap point selama 2 ke 3 minit.
- Setelah selesai 1 point terus berpindah kepada point yang lain.
- Fokus lebih lama di bahagian yang terasa lebih sakit.
- Setelah selesai urut semua bahagian, maka rehat sebentar. Kemudian ulang kembali urutan dari mula. Lakukan sebanyak 3 set.
- Setelah 3 set urutan, anda perlu rehat selama 2 atau 3 hari sebelum lakukan urutan yang seterusnya. Ini penting agar bahagian yang diurut tidak menjadi 'bentan' atau bengkak akibat terlebih urut.
BELAJAR URUT SAKIT LEHER DI SINI
=====
NOTA:
1) Jika nak gunakan Minyak Urut Arji, maka campurkan separuh dengan minyak masak/ minyak biasa untuk kurangkan panas. Kerana leher agak sensitif dengan rasa panas.
Sapukan minyak tersebut di bahagian sakit sebelum tidur untuk mempercepatkan kesan pemulihan, biiznillah.
Masalah sukar telan makanan, atau kadangkala makanan yang ditelan mudah untuk keluar kembali boleh disebabkan oleh masalah usus atau perut.
Oleh itu saya sarankan agar anda juga urut bahagian perut dan boleh minta ahli keluarga untuk urut bahagian belakang, kerana urutan belakang juga dapat memberi kelegaan kepada bahagian perut.
Untuk urutan perut anda boleh cuba seperti di bawah:
KLIK SINI (MINYAK URUT BERKUALITI TINGGI) |
Terima kasih sudi hadir ke blog ini. Mohon tinggalkan komen di bawah ye, saya nak tahu siapa yang pernah berkunjung ke sini 😁
JEMPUT SHARE KE GROUP KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA! 😊
Saya kongsi ilmu ini percuma sahaja. Cuma saya minta jasa baik anda untuk sebarkan video atau posting blog ini.
Jika pesakit jumpa posting ini akibat share anda, kemudian mereka amal dan dapat manfaat, maka pahalanya akan sampai kepada anda.
Seperti hadis nabi SAW:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Siapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang melakukannya.”
[Riwayat Muslim (1893)]
Ulasan
Catat Ulasan